Saturday 20 October 2012

FRIENDSHIP PILLOW

Post yang sudah basi. Tak sempat nak updated di blog ni. Pillow ni dah lama aku buat. Cuma baru skarang ada kesempatan untuk masukkan dalam kedai aku ni


saiz : 12" x 12"
material : felt & flunnel
price : RM35




saiz : 12" x 12"
material : felt & flunnel 
price : RM35


*Jika berminat untuk membuat tempahan, boleh lah comment di bawah ini. Atau anda juga boleh sms saya di 0179368213, email : bahiyabussainafeltcraft@gmail.com... fb: http://www.facebook.com/bahiyabussainafeltcraft



Thursday 18 October 2012

CAR NECK PILLOW

CAR NECK PILLOW

Projek baru untuk BBC. Car neck pillow ni aku buat atas permintaan sis in law aku. Dia nak letak dalam kereta dia. Berminggu-minggu jugalah mencari idea nak membuatnya sebab aku tak de pengalaman sebelum ni. So, akhirnya, inilah hasilnya.

Car Neck Pillow-first trial



Bila aku post new produk ni  kat fb, tak sangka pulak ada permintaan daripada customer. Dia suruh aku tolong designkan untuk dia dan nak letak words umi dan waled. So, pikir punya pikir, jadilah hasil macam ni. Syukur alhamdulillah, Pn Zuzu tu sangat berpuas hati dengan hasil kerjatangan aku. Untuk car neck pillow ni, semua aku jahit menggunakan tangan atau seperti kata omputeh, handmade. So sesiapa yang berminat untuk menempah, bolehlah message atau pm inbox fb BBC(Bahiya Bussaina Felt Craft) :)

Car Neck Pillow-tempahan daripada customer
 

Tuesday 15 May 2012

Teachers Day Fridge Magnet

Fridge Magnet (FM) special request oleh kakak. Nak bagi untuk cikgu-cikgu anak dia. Biasa beli hadiah siap kat kedai. Tapi sejak aku berkecimpung dalam dunia kraft ni, semua hadiah request kat aku je. Berhari-hari cari idea nak buat hadiah ni. Memang plan nak buat Fridge Magnet, tapi tak tahu nak buat macam mana. So, try and eror je la dulu. Lastly, kakak aku berpuas hati jugak dengan hasilnya. Fuhh,lega. Kalau tak, tak lena tidur aku duk pikir nak buat ape.hehe. Kepada semua kawan-kawanku yang bekerja sebagai guru, bekas guru dan guru-guru seluruh malaysia. SELAMAT HARI GURU. JASAMU DIKENANG HINGGA AKHIR HAYAT DAN SEMOGA MENDAPAT BALASAN KEBAIKAN DARIPADA ALLAH











FRIDGE MAGNET

HARGA : RM 5.00


Sesiapa berminat untuk menempah FM ini untuk pelbagai majlis atau dihadiahkan kepada someone, bolehlah contac saya. Boleh request design dan gambar sendiri.



Monday 14 May 2012

Felt Keychain

 
Ben10 Keychain

Harga : RM2.50



Car Keychain

Price : RM 3.00 

(Harga bergantung kepada huruf. Setiap tambahan huruf akan dicaj RM0.30)







Wednesday 25 April 2012

Gift Box untuk majlis aqiqah

Huh..berjam-jam duk mengodek blog ni nak bagi cantik. Semua template aku try buat. Tapi semua tak puas hati. Last-last, guna dulu yang ini buat sementara waktu sebab nak tukar design memang ambik masa.

Minggu ni sibuk tolong kakak aku buat gift box untuk majlis aqiqah cucu dia. So aku la tukang design. Bukan pandai sangat pun, tapi bolehla..hihi. And tiba-tiba dapat idea untuk jual gift box ni .So, sesapa nak tempah gift box ni untuk sebarang majlis, bolehla contac saya ye.hehehe...

Tara..ini lahasilnya. Tapi tak siap sepenuhnya lagi.Nak kena touch-up lagi

Friday 13 April 2012

Foam sheet and Felt craft

Dah lama tak post kat sini..teramat-amat sibuk dengan pelbagai komitmen...lagi2 dengan hobi baru  ni...foam sheet and felt craft. Alhamdulillah, keychain foam sheet ni mendapat sambutan yang baik daripada kanak-kanak sekolah. banyak jugak dapat tempahan. cuma, masa aje yang tak de untuk menyiapkan tempahan dan membuat barang kraf baru. Sekarang ni, just tumpu untuk siapkan keychain pelanggan. Ramai permintaan untuk pin/brooch felt. tapi buat masa skarang ni, aku betul-betul tak de masa. tapi, idea ni dah membuak-buak (betul ke perkataan tu..hihi.hentam sajalah) untuk membuat pin/brooch felt ni. tapi, quilling craf aku still carry on. tak kan tinggal sbb aku suka sangat dengan quilling craft ni..huhu..ada juga tempahan untuk pin/brooch menggunakan quilling craft ni. tapi, kena betul2 teliti untuk membuatnya sbb ianya mudah tanggal. so kena betul2 cermat bagi memastikan ianya betul2 lekat. bawah ni gambar2 kraf yang aku buat..sape2 nak oder, bolehlah contac no seperti di atas or blh ke fb Bahiya Bussaina Craft..

Hairclips (RM4.9/pairs)

Pin/Brooch (RM3.5/satu)

Hairclips (RM4.9/pairs)

Hairclip (RM5/pairs)

Keychain Nama Foam Sheet (RM0.50/satu huruf)


Jam ni di design atas permintaan kakak untuk dihadiahkan kepada kawannya

Hairclips (RM5/pairs)

Tuesday 24 January 2012

3D quilling

Cuti Chiness New Year hari isnin. Dapat idea untuk wat 3d quilling. sebelum tu, aku dah search tengok kat intenet cam ne nak wat 3d quilling ni. So, dengan penuh semangat, aku try la buat. Experiment yg pertama, aku try wat cup and saucer. takut jugak kalau2 tak jadi. tapi disebabkan ingin belajar, aku cuba la jugak buat berdasarkan gambar yang aku tengok kat internet tu. Method sebenar, aku tak tahu. tapi aku main hentam saja, mengikut kreativiti aku. Akhirnya, dapat jugak la aku siapkan projek 3D quilling ni. huh, memang sangat mencabar. Hasilnya, aku tak puas hati sangat. Perlu berlatih lagi supaya ianya kelihatan lebih kemas. Disebabkan mood yang baik, serta semangat yang berkobar-kobar ingin mencuba 3D quilling ni, aku dapat siapkan dalam masa beberapa jam aje..hihi.. klu time tak de mood tu, benda simple pun ambik masa berminggu-minggu. Dan inilah hasil 3D quilling cup and saucer aku. Nak hadiahkan kat kawan aku, sempena hari lahirnya..


 Ini piring untuk cawan aku..hihi

 Ini lah hasilnya..huhu..lawa tak?

 Letak bunga ros pink,  ala2 cawan vantage gitu..kihkih



 
Hope my friend will like this present yang tak seberapa ni...huhu

Friday 20 January 2012

Bekas Pensil & GiFt BoX

Dah lama tak post kat sini. aku agak buzy sikit. lagipun tak de mood & tak de idea. so, lama la tertangguh kerja-kerja kraf aku. tempahan daripada kawan aku, ana masih belum dapat disiapkan lagi. nak buat quilling craft ni, kena betul2 dalam keadaan mood yang baik. baru lah idea tu datang. minggu lepas, terlintas idea nak buat tempat letak pensil kat ofice, sebab yang sedia ada, dah tak muat nak letak pencil2 aku kat atas meja ni.  dan inilah hasilnya...




first time percubaan..kena baiki lagi sebab still tak kemas kerjatangan aku

Dan ini pulak gift box yang cuba aku hasilkan. asalnya nak buat guna corrugated paper. tapi tak jumpa plak aku cari kat stationary shop. so, buat je dulu gini..


taraaa..dan inilah hasilnya


aku tambahkan bunga menggunakan teknik quilling kat penutup box tu


Saturday 7 January 2012

Fridge magnet project

Selipar cute ni merupakan projek quilling paper kedua aku selepas kad aniversary. Idea ni datang selepas aku search internet berkaitan quilling paper ni. So, dapat la idea nk buat selipar untuk fridge magnet kat rumah. Tapi, memang leceh nak buat selipar ni sebab kecik sangat. Nak gulung tu pun ambik masa. Ditambah lagi dengan kesibukan aku, hampir seminggu lebih baru siap. Tapi hasilnya aku memang puas hati. Jom tengok hasil quilling selipar aku ni...

INI LAH QUILLING SELIPAR HASIL TANGAN AKU

Tuesday 3 January 2012

belajar quilling

Aku memang minat dengan benda-benda yang berkaitan dengan craft tapi aku ni bukan seorang yang creative. so, bila mula-mula aku kenal dengan quilling craft ni, aku tak yakin sangat untuk mencuba sebab aku rasa ianya agak susah. tapi, satu hari tu, aku terlihat satu blog ni http://www.qisainakreatif.blogspot.com hasil seninya amat cantik dan menarik. hanya dengan menggulung kertas-kerta warna dan membentuk pelbagai corak, bunga dan haiwan. sangat creative. dari situ, timbul minat aku untuk belajar. tapi, dia tak de sediakan tutorial la pulak. tapi sebab dengan semangat nak mencuba, aku beli la jugak tools untuk berquilling ni.

foam sheet

set basic quilling untuk permulaan


Ini merupakan hasil quilling aku yang pertama. kad aniversary untuk kakak aku...