Tuesday 24 January 2012

3D quilling

Cuti Chiness New Year hari isnin. Dapat idea untuk wat 3d quilling. sebelum tu, aku dah search tengok kat intenet cam ne nak wat 3d quilling ni. So, dengan penuh semangat, aku try la buat. Experiment yg pertama, aku try wat cup and saucer. takut jugak kalau2 tak jadi. tapi disebabkan ingin belajar, aku cuba la jugak buat berdasarkan gambar yang aku tengok kat internet tu. Method sebenar, aku tak tahu. tapi aku main hentam saja, mengikut kreativiti aku. Akhirnya, dapat jugak la aku siapkan projek 3D quilling ni. huh, memang sangat mencabar. Hasilnya, aku tak puas hati sangat. Perlu berlatih lagi supaya ianya kelihatan lebih kemas. Disebabkan mood yang baik, serta semangat yang berkobar-kobar ingin mencuba 3D quilling ni, aku dapat siapkan dalam masa beberapa jam aje..hihi.. klu time tak de mood tu, benda simple pun ambik masa berminggu-minggu. Dan inilah hasil 3D quilling cup and saucer aku. Nak hadiahkan kat kawan aku, sempena hari lahirnya..


 Ini piring untuk cawan aku..hihi

 Ini lah hasilnya..huhu..lawa tak?

 Letak bunga ros pink,  ala2 cawan vantage gitu..kihkih



 
Hope my friend will like this present yang tak seberapa ni...huhu

Friday 20 January 2012

Bekas Pensil & GiFt BoX

Dah lama tak post kat sini. aku agak buzy sikit. lagipun tak de mood & tak de idea. so, lama la tertangguh kerja-kerja kraf aku. tempahan daripada kawan aku, ana masih belum dapat disiapkan lagi. nak buat quilling craft ni, kena betul2 dalam keadaan mood yang baik. baru lah idea tu datang. minggu lepas, terlintas idea nak buat tempat letak pensil kat ofice, sebab yang sedia ada, dah tak muat nak letak pencil2 aku kat atas meja ni.  dan inilah hasilnya...




first time percubaan..kena baiki lagi sebab still tak kemas kerjatangan aku

Dan ini pulak gift box yang cuba aku hasilkan. asalnya nak buat guna corrugated paper. tapi tak jumpa plak aku cari kat stationary shop. so, buat je dulu gini..


taraaa..dan inilah hasilnya


aku tambahkan bunga menggunakan teknik quilling kat penutup box tu


Saturday 7 January 2012

Fridge magnet project

Selipar cute ni merupakan projek quilling paper kedua aku selepas kad aniversary. Idea ni datang selepas aku search internet berkaitan quilling paper ni. So, dapat la idea nk buat selipar untuk fridge magnet kat rumah. Tapi, memang leceh nak buat selipar ni sebab kecik sangat. Nak gulung tu pun ambik masa. Ditambah lagi dengan kesibukan aku, hampir seminggu lebih baru siap. Tapi hasilnya aku memang puas hati. Jom tengok hasil quilling selipar aku ni...

INI LAH QUILLING SELIPAR HASIL TANGAN AKU

Tuesday 3 January 2012

belajar quilling

Aku memang minat dengan benda-benda yang berkaitan dengan craft tapi aku ni bukan seorang yang creative. so, bila mula-mula aku kenal dengan quilling craft ni, aku tak yakin sangat untuk mencuba sebab aku rasa ianya agak susah. tapi, satu hari tu, aku terlihat satu blog ni http://www.qisainakreatif.blogspot.com hasil seninya amat cantik dan menarik. hanya dengan menggulung kertas-kerta warna dan membentuk pelbagai corak, bunga dan haiwan. sangat creative. dari situ, timbul minat aku untuk belajar. tapi, dia tak de sediakan tutorial la pulak. tapi sebab dengan semangat nak mencuba, aku beli la jugak tools untuk berquilling ni.

foam sheet

set basic quilling untuk permulaan


Ini merupakan hasil quilling aku yang pertama. kad aniversary untuk kakak aku...