Saturday, 11 October 2014

   السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Hari ini post aku lari tajuk sket. bukan mengenai kraf tapi kita ke arena masakan plak.kiki semalam, lepas balik keje sempat aku bersilat menyiapkan resipi nasi daging yang dicedok dari en google. resipi ini dari blog ANA. resipi ini mudah dibuat sebab ana siap tepek gambar satu2 cara masak nasi daging ni. idea masak nasi daging ni datang lepas aku dapat jemputan dari kawan sekolah. dia ada masak nasi daging. en. suami cakap sedap. sebab tu la aku try google cari resipi dan kebetulan ada daging korban sedekah dari kenalan. tak silap aku resipi nasi daging ni berasal dari kedah. kat kedah memg femes nasi daging ni.

Daging awal2 lagi aku dah pesan kat en suami suh kuarkan dr icebox. takut nanti tak sempat empuk plak daging kalau beku. tapi berbaloi penat lelah masak resipi ni sebab en suami ckp sedap *_____* (brani ckp tak sedap. nti bini dia mogok masak. hahaha). 

Aku tak pernah rasa nasi daging ni macam mana. tapi bila rasa semalam, not bad la. cma tak taula rasa sebenar nasi daging tu mcm mana. kikiki. nasi daging ni makan tanpa kuah. cuma bagi sesetengah org yang suka mkn nasi berkuah, bolehla buat sup utk dimakan bersama nasi daging ni. lagi sedap jika ada jelatah dan juga air asam. jom tgk resipi kat bawah ni. 

Bahan utk air rebusan: 

300 g daging (potong kiub)-aku campur jugak dengan sedikit tulang utk dapatkan rasa manis air tulang 
sub bunjut tulang (aku guna jenama mak siti. rasa lagi sedap dari adabi punye)
air secukupnya 
1 s/b rempah kurma adabi

Cara:

1.  masukkan daging ke dalam periuk. kemudian masukkan air secukupnya. masukkan pula sub bunjut tadi dan juga rempah kurma. masak hingga daging empuk/lembut.

Bahan utk nasi:

3 cawan beras basmathi(aku guna beras biasa campur beras wangi) 
1 s/b minyak sapi
1 s/b butter/margerin
3 biji bawang merah-hiris nipis
2 ulas bawang putih-hiris nipis
2 inci halia-hiris nipis
1/2 biji bawang besar-hiris nipis
1 s/b rempah sup-ni aku tambah
100 ml susu cair @ 1/2 tin
2 s/b sos tomato @ tomato puri
bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga -utk menumis
1 kiub pati lembu knor
daun ketumbar
sedikit kismis

Cara:

1.  Panaskan periuk. masukkan minyak sapi dan margerin. tumis bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau. kemudian masukkan bahan hiris nipis tadi. tumis hingga layu. masukkan pula rempah sup. biarkan seketika

2.  Apabila bawang dah layu, masukkan tomato dan susu cair. kacau sekejap. kemudian masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan. tuang air rebusan daging tadi. pastikan anda sukat air rebusan daging tadi utk elakkan nasi menjadi lembik. masukkan kiub pati lembu tadi bagi menggantikan garam. akhir sekali masukkan isi daging di atas sekali diikuti juga hirisan daun ketumbar. aku masak terus nasi atas dapur gas. bleh jugak masak nasi guna rice cooker bagi sesiapa yang tak mahir masak menggunakan dapur gas.

3.  Apabila nasi masak, taburkan kismis ke atas nasi dan biarkan seketika. hidangkan bersama jelatah dan air asam.

Bahan utk Jelatah/Acar:

2 batang timun-buang kulit dan potong bulat-bulat
carrot -parut nipis
kobis- hiris nipis
2 senduk cuka
3 s/b gula
1/2 s/k garam
lada besar merah-hiris nipis
1 biji bawang besar

Cara:

1.  kacau dalam mangkuk gula, garam bersama dengan cuka. apabila gula dan garam larut, masukkan bawang dan lada merah. gaul rata. kemudian masukkan timun batang, caroot dan kubis. gaul rata. jika rasa ok, bolehlah dihidangkan

Bahan utk air asam:

1 biji tomato
5 biji cili padi
2 biji cili merah
sedikit belacan
perahan air limau 
sedikit air masak
garam dan gula secukup rasa

Cara:

1.  Campurkan semua bahan di atas dan blend hingga lumat. Jika rasa ok, boleh dihidangkan bersama nasi.






No comments:

Post a Comment