Tuesday 3 January 2012

belajar quilling

Aku memang minat dengan benda-benda yang berkaitan dengan craft tapi aku ni bukan seorang yang creative. so, bila mula-mula aku kenal dengan quilling craft ni, aku tak yakin sangat untuk mencuba sebab aku rasa ianya agak susah. tapi, satu hari tu, aku terlihat satu blog ni http://www.qisainakreatif.blogspot.com hasil seninya amat cantik dan menarik. hanya dengan menggulung kertas-kerta warna dan membentuk pelbagai corak, bunga dan haiwan. sangat creative. dari situ, timbul minat aku untuk belajar. tapi, dia tak de sediakan tutorial la pulak. tapi sebab dengan semangat nak mencuba, aku beli la jugak tools untuk berquilling ni.

foam sheet

set basic quilling untuk permulaan


Ini merupakan hasil quilling aku yang pertama. kad aniversary untuk kakak aku...

1 comment: