Friday 19 September 2014

SET TILAM BABY LAGI

                                                         السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Projek set tilam baby lagi. kali ini tempahan daripada kawan skolah dulu, Tini. untuk anak dia yang ke 3. Tini tempah set tilam kekabu + sarung 2 set. Material sarung daripada cotton yang elok. harga semeter berbelas henget. kain lembut dan selesa serta sejuk. juga tidak mudah luntur warna dan tak mudah berbulu. masa cari kain memang payah yang amat. kat kedai aku biasa beli tu dah tak banyak stok yang tinggal. banyak tempat jugak la aku jelajah untuk dapatkan kain cotton ni bagi dapatkan corak yang sesuai untuk baby.

Aku guna kekabu asli aka kekabu kampung untuk tilam dan bantal. kekabu asli ni dia lebih berat dan padat compare kekabu siam. tilam kekabu kg juga boleh pakai lama. jika bantal atau tilam nampak dah macam leper, anda boleh jemur balik tilam tersebut. insya allah tilam tersebut akan menjadi kembali gebu gebas. kikiki

Jom la layan hasil kerjatangan aku yang tak seberapa ini. sesiapa berminat untuk membuat tempahan, boleh pm atau whatsaap aku 0179368213.

p/s : aku juga ambik tempahan untuk sarung sahaja. warna dan corak boleh request *__* 

set tilam kekabu

tilam kekabu saiz 30 x 40"

bantal tidur : 8 x 12"
bantal panjang : 8 x 20"

set bantal

tilam kekabu
set tilam kekabu

No comments:

Post a Comment