Wednesday 3 September 2014

SET TILAM BABY

                                                            السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Projek terbaru yang saya hasilkan. set tilam baby tempahan dari biras saya yg bersalin sebelum hari raya ritu. dia merupakan my first customer. ceritanya, dia ternampak saya duk menjahit. lepas beli mesin jahit baru ari tu, saya try jahit comforter. tapi hasilnya agak menghampakan. so bila biras saya ni mintak tolong jahitkan set baby untuknya, rasa tak yakin je nak jahit. tapi bila fikir, kalau tak cuba bila saya nak berjaya. so, saya sahut cabaran tu selepas tanya pendapat en. suami. dia pun sokong saya jahit. so, bermulalah adventure menjahit set baby ni.kikiki

first, saya berguru dulu dengan kakak angkat. dia memang dah lama ceburi bidang jahitan ni. dan hasilnya memang cantik dan kemas. balik je keje, terus terjah rumah dia. lama jugakla ambik masa nak belajar sebab asyik on off jek. yela, kita nak tuntut ilmu dengan orang. kenalah ikut masa dia. bila dia free baru bleh g blajar. dan hasilnya amatlah saya puas hati. alhamdulillah, yg paling penting biras pun puas hati dengan hasiltangan saya ini. big smile *_________*

 jahitan sulam di sarung tilam tu guna mesin sulam khas.
amat mudah dah hasilnya pn cantik


saiz tilam : 30" x 40"
saiz bantal tidur : 8" x 12"
saiz bantal panjang : 8" x 19"






No comments:

Post a Comment